salam kepada semua pengunjung blog DreTm...
Seperti yang telah diketahui melalui post yang lalu, projek kumpulan DreTm telah berjaya memasuki fasa ke-3 dan akan bersaing dengan beberapa kumpulan lain yang juga turut berjaya dalam memasuki fasa ke-3. Projek Kumpulan DreTm yang telah diberi nama "Projek Belia Prihatin" mempunyai unsur-unsur kemasyarakatan yang melibatkan kesemua masyarakat awam tidak kira umur, bangsa dan negara.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa dia projek belia prihatin ini. bagaimana projek ini dilaksanakan dan apakah peranan orang awam dalam membantu untuk sama-sama menjayakan projek ini. Projek Belia Prihatin merupakan satu projek dimana orang awam berpeluang memberikan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang amat memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik di negara ini. Melalui projek ini, orang awam bukan sahaja dapat memberikan bantuan malah meringankan beban mereka dan secara tidak langsung, beramal ibadat dengan memberikan sebahagian rezeki kita kepada mereka.
Siapakah yang akan menerima sumbangan yang awda berikan??
sumbangan yang awda berikan akan diberikan kepada mereka yang amat memerlukan bantuan, kurang mampu dan mempunyai latar belakang kehidupan yang kurang selesa. Mengikut rangka projek kami, hanya 20-30 keluarga/individu yang akan dipilih melalui beberapa agensi yang akan menerima segala sumbangan yang awda berikan. Agensi-agensi yang akan memilih keluarga/individu itu ialah:
1. Jabatan Belia dan Sukan2. Jabatan Pembangunan Masyarakat3. Kementerian Kesihatan4. Majlis Agama Islam Brunei
Apakah jenis sumbangan yang dapat awda berikan??
- Awda bolehlah menyumbagkan beberapa makanan kering seperti:
-makanan asas - beras, gula, garam dan sebagainya -makanan dalam tin -mee seperti maggi, indomie dan sebagainya -apa saja yang difikirkan perlu
Apakah yang akan dilakukan terhadap sumbangan yang awda berikan??
- sumbangan yang awda berikan akan diagihkan sama rata dan diberikan 100% kepada mereka yang telah terpilih.
Sekian saja dahulu info mengenai projek belia prihatin. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikutilah perkembangan 'blog' ini atau jika sekiranya awda mempunyai sebarang pertanyaan, cadangan atau pandangan, awda bolehlah mengemukakannnya di ruangan 'chatbox' yang terletak di sebelah kanan 'blog' ini.
Sekian, salam untuk semua. Rai x)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment